“Harta seseorang itu tidak akan berkurang kerana sedekahâ
-Hadis Riwayat Tirmizi-
Untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar yang ingin menuntut ilmu dan memberi lebih keselesaan dengan fasiliti yang cukup Maahad Tahfiz Al Madani Sedang dalam proses pembelian tanah serta bangunan di jalan gombak,kampung puah,Kuala lumpur.
MTAM sedang berusaha untuk membeli sebidang tanah bagi membina kompleks bangunan Pusat Pengajian yang lebih lengkap dan selesa. Lokasi bagi cadangan tapak pembinaan kompleks ini terletak di atas sebidang tanah di Kampung Sungai Merali, Jalan Gombak, Setapak, Kuala Lumpur.
Sebagai makluman, di dalam tapak tanah ini, telah pun ada struktur bangunan sedia ada yang merupakan bekas permis perniagaan berserta stor simpanan. Oleh itu, MTAM dengan bantuan pelukis arkitek yang bertauliah telah membuat gambaran awal konsep pembinaan kompleks yang dimaksudkan.