Maahad Tahfiz Al-Madani

Profil

Maahad Tahfiz Al Madani - MTAM

Penasihat MTAM

Syeikh Muhammad Abdurrahim Al-Wusoby

Penasihat Kehormat MTAM

Pendidikan
Madrasah Al Shaulatiyah,Makkah

Kerjaya dan pengalaman
Pensyarah di Jamiah Darul Ulum Syar’iyah,Yemen
Ahli Jabatan Fatwa Mufti Hudaydah,Yemen

Imam Haji Abdul Latiff Ahmad

Penasihat 2 MTAM

Ustaz Muhammad Ridhauddin Bin Hamzah

Mudir Maaahad Tahfiz Al Madani - MTAM

Latar Belakang

Pendidikan

Kerjaya Dan Pengalaman

Sejarah Ringkas Penubuhan

Perjalanan Maahad Tahfiz Al Madani bermula dengan hasrat Al Fadhil Ustaz Muhamad Ridhauddin Bin Hamzah yang ingin mewujudkan sebuah tempat pengajian percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan, asnaf & anak yatim tetapi ingin menuntut ilmu.

Penghujung tahun 2018, hasil bantuan beberapa orang ahli keluarga & sahabat maka tertubuhlah Maahad Tahfiz Al Madani di sebuah rumah yang diberi guna pakai untuk tempat pengajian serta penginapan oleh seorang individu yang berhati mulia.

Kata Al Fadhil Ustaz Muhamad Ridhauddin Bin Hamzah :-

Kita memulai sesuatu serba keterbatasan, modal kita hanya keberanian sahaja.

Tanggal 1 januari 2019, bermulalah pengambilan pelajar-pelajar untuk pengajian tahfiz sepenuh masa seramai 20 orang.

No. 19 Jalan Setia Wawasan U13/31, Precint 10, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
0
Tahun Penubuhan
0
Orang Pelajar

Visi

Misi

Silibus Pengajian MTAM

4 Peringkat Pengajian Alim Kitab Turath

Peringkat 1
Tahun 1-2

Pelajar akan didedahkan dengan asas fiqah (seumpama kitab Safinatun Naja dan Matan Abi Syuja), asas tajwid, dan asas bahasa Arab (Nahu dan Sorof).

Peringkat 2
Tahun 3-5

Pelajar akan mempelajari peringkat pertengahan fiqh (seumpama kitab ʿUmdat us-Salik atau Fathul – Muʿin atau yang setara), peringkat pertengahan Bahasa Arab sehingga peringkat tinggi, peringkat pertengahan tajwid dan Qiraat (sehingga Muqaddimah Jazari dan Asas Qiraat sehingga Matan Syatibi), mula didedahkan dengan pengajian hadis (kebiasaannya dimulakan dengan pengajian kitab Riyad us -Salihin karangan Imam Nawawi atau yang setara), usul ul-fiqh, usul ul-hadis, usul ut-tafsir, terjemahan 30 juz al-Quran.

Peringkat 3
Tahun 6 (Misykat)

Pelajar akan mempelajari tafsir al-Quran (Tafsir Jalalain), peringkat tinggi pengajian fiqh (seumpama membaca kitab Iqna dan juga Minhaj ut -Talibin bersama syarahnya Kanz ur Raghibin karangan Imam Jalal ud-Din Mahalli) peringkat pertengahan pengajian hadis (Kitab Misykat ul-Masabih yang membahaskan riwayah dan dirayah hadis, perbezaan mazhab imam mujtahid yang empat Imam ul -Aʿzam Imam Abu Hanifah علیھ اللهاللهاللهالله رحمة, Imam Dar ul -Hijrah Imam Malik Bin Anas علیھ اللهاللهاللهالله رحمة, Imam Quraisyi Ibnu ʿAmmi Nabi Imam Muhammad Bin Idris as -Syafiʿi علیھ اللهاللهاللهالله رحمة dan Muhy is-Sunnah Imam Ahmad Bin Hanbal .(علیھرحمة اللهاللهاللهالله

Peringkat 4
Tahun 7-8 (Daurat ul-Hadis)

Pelajar akan mempelajari keseluruhan sihah sittah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Jamiʿ Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Nasaʿi dan Sunan Ibni Majah beserta kitab Muwatta Imam Malik, Tafsir Baidhawi, dan Fiqh ul-Muamalah.

Halatuju Pengajian

Kecenderungan ibu bapa menghantar anak – anak ke sekolah aliran agama seperti sekolah tahfiz, sekolah pondok atau sekolah agama pada masa kini dipuji ramai. Ini kerana, anak-anak yang mendapat pendidikan agama akan mempunyai jati diri, keperibadian serta sah siah yang terpuji dalam kehidupan seharian berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya.

Gambar Pembinaan

Aktiviti Pelajar MTAM