Maahad Tahfiz Al-Madani

Maahad Tahfiz Al-Madani

Perjalanan Maahad tahfiz Al Madani bermula dengan hasrat Al Fadil Ustaz Muhamad Ridhauddin Bin hamzah yang ingin mewujudkan sebuah tempat pengajian percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan,asnaf & anak yatim tetapi ingin menuntut ilmu.

Sejarah Penubuhan Maahad

Perjalanan Maahad Tahfiz Al Madani bermula dengan hasrat Al Fadhil Ustaz Muhamad Ridhauddin Bin Hamzah yang ingin mewujudkan sebuah tempat pengajian percuma untuk golongan yang kurang berkemampuan, asnaf & anak yatim tetapi ingin menuntut ilmu.

Penghujung tahun 2018, hasil bantuan beberapa orang ahli keluarga & sahabat maka tertubuhlah Maahad Tahfiz Al Madani di sebuah rumah yang diberi guna pakai untuk tempat pengajian serta penginapan oleh seorang individu yang berhati mulia.

Kenali Maahad Tahfiz Al Madani

Kenali lebih dekat Maahad Tahfiz Al Madani dari segi sejarah penubuhan, ahli jawatankuasa, lokasi dan warga Maahad Tahfiz

Antara Aktiviti Yang Dijalankan

  • Program

    Jalinan Mesra

    Sejumlah RM500,000.00 diperuntukkan untuk program ini melibatkan 8 buah masjid JAWI, Maahad Tahfiz al Madani dan Masjid Negara. Terima kasih kepada urus setia dan para pegawai masjid yang meningkatkan inisiatif menjejaki penerima-penerima yang layak.

  • Kunjungan Hormat

    Ulama Yaman

    Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan menyambut mesra kunjungan Syeikh Muhammad Abdul Rahim Al-Wusoby, Ulama Yaman bersama ahli rombongan daripada Hudaida, Yaman ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) hari ini. Semoga kunjungan Syeikh Muhammad Abdul Rahim Al-Wusoby ke pejabat ini mendatangkan manfaat dan mengutuhkan hubungan silaturahim antara dua pihak.

Pengasas & Penasihat

Kenali pengasas dan penasihat serta barisan ahlijawankuasa yang menerajui pentadbiran Maahad Tahfiz Al-Madani

Muhammad Ridhauddin Bin Hamzah

PENGASAS

Syeikh Muhammad Abdul Rahim Al-Wasobi

PENASIHAT KEHORMAT

“Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang-ulang ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad”

-Imam  Ghazali-

Sumbangan Yang diperlukan